Cari @ Amanz

Siri baharu Poco X6 telah dijadualkan tiba pada 11 Januari 2024. Ia menjadi model kesinambungan untuk Poco X5 dan pastinya diberi peningkatan menarik. Penggunaan perkataan ‘series’ memberi petanda boleh terdapatnya lebih daripada satu model yang diumumkan kelak. Diikuti juga cip Dimensity 8300-Ultra yang sah digunakan pada salah satu model baharu itu.

Dari segi reka bentuk pula ia dilihat mirip dengan Redmi K70. Sebanyak tiga sensor disertakan dalam bonggol yang berbeza. Perbezaan sudah semestinya boleh dilihat dengan jelas menerusi penjenamaan Poco yang digunakan. Ketahui lebih lanjut mengenai peranti selepas pelancaran rasmi yang bermula di India terlebih dahulu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd