Cari @ Amanz

Tahun lalu Huawei melakukan tiga kejutan. Pertama ialah kembali menawarkan peranti dengan 5G, kedua pula ialah mengeluarkan cip 7nm Kirin 9000s dan cip 5nm Kirin 9006C yang didakwa menggunakan teknologi 5nm rekaan sendiri dengan batuan SMIC. Tetapi menurut laporan Bloomberg, apabila diperiksa Kirin 9006C adalah sekadar cip lama yang dibangunkan dengan teknologi 56nm TSMC.

Apabila komputer riba Huawei Qingyun L540 dengan cip Kirin 9006C dibongkar oleh firma TechInsights, cip ini didapati adalah cip lama dari tahun 2020 yang dikeluarkan oleh TSMC. Adalah dipercayai sebelum halangan teknologi dikenakan ke atas Huawei, mereka mula melakukan lambakan pembelian cip 5nm. Cip yang sama kini digunakan semula dengan modifikasi. Selepas dimasukkan ke dalam Senarai Entiti, Huawei tidak lagi boleh menggunakan faundri TSMC untuk cip Kirin mereka. China pula tidak dibenarkan mengimport mesin EUV yang diperlukan untuk proses 5nm.  

Huawei dan SMIC dipercayai menggunakan mesin DUV yang lebih lama untuk menghasilkan cip Kirin 9000s. Akibat sekatan teknologi, status Huawei sebagai antara lima pengeluar telefon pintar terbesar dunia terjejas teruk. Sungguhpun begitu pada tahun 2023, Huawei berjaya mencatatkan peningkatan pendapatan selepas memberikan tumpuan kepada arena automotif serta internet benda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd