Carian
Apple Vision Pro Akan Dijual Bermula 2 Februari
January 8, 2024 Effi Saharudin

Set kepala realiti gabungan Apple Vision Pro akan mula dijual pada 2 Februari depan. Pengumuman hari jualan Vision Pro dilakukan oleh Tim Cook menerusi saluran media sosial rasmi beliau sebentar tadi. Vision Pro diumumkan pada Jun lalu dengan ia merupakan set kepala realiti gabungan pertama keluaran Apple.

Ia mempunyai keunikan dimana terdapat bukan sahaja skrin di dalam tetapi juga pada bahagian dalam yang membolehkan pemakai berinteraksi dengan orang sekeliling tanpa perlu membuka Vision Pro terlebih dahulu. Dari hari pertama lagi beberapa aplikasi iOS dan iPadOS disahkan boleh digunakan pada Vision Pro yang menggunakan visionOS.

Bagi pemilik Mac pula, ia boleh digunakan sebagai skrin sekunder yang terapung dalam ruang maya apabila digunakan. Kepada pemilik iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max pula, rakaman video 3D spatial hanya boleh ditonton semula menggunakan Vision Pro.

Sebelum ini Apple mengatakan harga jualan Vision Pro akan mencecah RM16,000 sepasang. Sebelum boleh dibeli, orang ramai yang perlu pergi ke Apple Store bagi mendapatkan ukuran yang tepat serta kanta preskripsi yang diperlukan jika mereka pemakai cermin mata. Untuk gelombang pertama, Apple Vision Pro hanya akan dijual di Amerika Syarikat.

Komen