Cari @ Amanz

Sony mengumumkan kemaskini Android 14 untuk peranti Xperia 1 IV, 5 IV dan 10 IV. Dengan ini pengguna boleh menafaatkan pelbagai pembaharuan disediakan yang termasuk fungsi LED Flash bagi tujuan pemberitahuan, sokongan Nearby Share untuk PC Windows 10, keserasian tambahan dengan aplikasi Find My Device dan pintasan kunci skrin yang boleh disesuaikan.

Akan tetapi jangka masa penerimaan sudah semestinya berbeza mengikut rantau. Bagi melihat sama ada peranti anda sudah boleh memuat turun versi terkini sila ke tetapan utama hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd