Cari @ Amanz

Notepad merupakan salah satu aplikasi atau perisian popular yang disertakan pada komputer Windows. Melaluinya, pengguna boleh mencatatkan nota ringkas dan menyimpannya tanpa perlu membuka perisian “berat” seperti Word, atau memakan ruangan simpanan yang besar untuk simpanan fail.

Terbaru, melalui versi pembangunan terbaru untuk Notepad, ia dilihat Microsoft menguji integrasi sokongan kecerdasan buatan (AI) bersama-sama dengannya. Antara ciri yang diperlihatkan pada menu versi pembangunan adalah sokongan seperti “Cowriter”, “Rewrite” selain turut membolehkan pengguna mengubah tona penulisan, menjadikan penulisan lebih panjang atau pendek.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri integrasi ini akan diperkenalkan kepada semua. Untuk makluman, pihak Microsoft sedia mengintegrasikan sejumlah ciri kecerdasan buatan pada sistem operasi Windows, dimana selain sokongan Copilot, mereka turut telah memperkenalkan ciri melukis menggunakan AI pada Paint.

Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan perkembangan arena ini dalam bulan-bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd