Ramai menjangkakan tahun ini akan ada banyak peranti dan aksesori menyokong Qi2 mula ditawarkan. Apple iPhone 13 dan iPhone 14 terus menyokongnya dengan kemas kini iOS 17. Pixel 9 mungkin akan disokong, peranti China lain setakat ini masih tiada dan baru-baru ini siri Samsung Galaxy S24 juga tiada. Kenapa?
Menurut 9to5Google, Samsung menyatakan yang pelanggan mereka masih tidak meminta sokongan Qi2 disertakan. Tetapi selepas saya melakukan sedikit kaji selidik pada hujung minggu, jawapan sebenar mungkin kerana Samsung takut akan magnet. Lagi-lagi pada Galaxy S24 Ultra dan demi menjaga S-Pen, siri S24 kekal dengan sokongan Qi yang terhad kepada 7.5W berbanding 15W pada Qi2.
Sejak pada Galaxy Note 8 lagi Samsung menyedari yang magnet pada peranti akan menjejaskan prestasi S-Pen. Skrin tidak dapat mengesan S-Pen apabila mata stilus berada di kawasan skrin yang berdekatan dengan magnet. Jalan penyelesaian Samsung adalah untuk tekan S-Pen lebih kuat pada skrin.
Walaupun S-Pen sudah semakin maju, masalah ia tergendala dengan S-Pen ini masih berlaku sehingga ke hari ini. Malah, Dbrand turut mengeluarkan kenyataan di mana kerangka Grip mereka untuk Galaxy S24 Ultra dengan MagSafe turut menjejaskan penggunaan S-Pen sehingga mereka perlu menggantikannya dengan Grip baharu yang tiada MagSafe.
Ini bermakna kita harus menantikan siri Galaxy S25 atau melihat sama ada adakah Samsung masih akan membawakan sokongan Qi2 pada peranti mereka yang lain tahun ini atau terus melangkau teknologi ini?
- Pra-Tempah :