Cari @ Amanz

Live Activities adalah ciri notifikasi yang diperkenalkan pada iOS 16. Sehingga hari ini tidak banyak aplikasi di Malaysia menyokong ciri ini kecuali Grab yang mula mengaktifkannya sejak iOS 17. Live Activities memaparkan informasi masa nyata mengenai kenderaan seru-pandu atau penghantaran makanan yang bakal tiba ke destinasi pengguna. Oppo dilihat turut menawarkan ciri ini pada ColorOS 14.

Bermula dengan siri Oppo Reno11, pengguna akan dapat menikmati sistem notifikasi seakan Live Activities pada iOS. Ciri ini digelar sebagai Aqua Dynamic dan di Malaysia, Grab adalah antara yang terawal akan menyokongnya. Berdasarkan imej pengolokan yang Oppo kongsi, Aqua Dynamic turut boleh memaparkan grafik motor atau kereta sedang bergerak di atas garisan menuju ke lokasi pengguna.

Menariknya, Grab turut menyokong widget pada ColorOS Shelf untuk mencadangkan kenderaan seru-pandu atau makanan yang boleh dipesan. Jika anda sedia menggunakan Reno11, ciri ini boleh terus digunakan jika anda menggunakan peranti Oppo lain akan terdapat 41 lagi bakal menerima kemas kini ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd