Cari @ Amanz

Untuk Threads menjadi pesaing X yang sebenar, mereka perlu menawarkan perkhidmatan pemesejan untuk pengguna kekal setia. Adam Mosseri pernah berkongsi yang mereka di dalam dilema jika ingin menawarkan sistem pemsejan. Pertama jika mengintegrasikan sistem DM Instagram ke Threads, pengguna akan menerima notifikasi sama daripada dua aplikasi. Kedua pula jika membangunkan sistem pemesejan baharu ia akan menjadi serabut.

Terbaru, aplikasi Threads untuk Android dilihat sudah mula mempunyai kod pembangunan untuk sistem pemesejan. Mosseri mungkin telah mengalah kerana kod ini mencadangkan sistem pemesejan pada Threads hanyalah sistem yang sama pada Instagram. Turut menjadikan pembangunan pemesejan ini lebih sukar adalah sokongan protokol ActivityPub.

ActivityPub adalah protokol yang membenarkan kandungan pada satu aplikasi media sosial dipaparkan pada aplikasi lain. Misalnya, perkongsian pada Threads boleh dilihat pada Mastodon. Sistem DM pula tidak menyokong protokol ini. Apa-apa pun, ciri DM pada Threads buat masa ini masih di peringkat awal pembangunan dan tidak pasti bila ia akan ditawarkan kepada orang ramai.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd