Acara tahunan Mobile World Cogress (MWC) akan membuka tirainya tidak lama lagi. Ia menjadi pentas utama buat para pengeluar mengetengahkan inovasi dan teknologi terkini, sekaligus menarik minat ramai, terutama pencinta teknologi yang menginginkan dimensi dunia baharu.

Siri Honor Magic 6 dan Magic V2 RSR merupakan antara peranti yang disahkan tiba di MWC 2024. Kedua-dua model dijadualkan berlangsung pada 25 Februari 2024 (jam 9.00 malam waktu Malaysia), dan tumpuan kini diberikan kepada harga jualan yang masih menjadi misteri buat masa ini.

Siri Honor Magic 6 terdiri dengan dua variasi model yang juga menjadi peranti mercu premium mereka tahun ini. Antara ciri utama yang menjadi tumpuan adalah cip Snapdragon 8 Gen 3 serta komunikasi satelit.

Sementara itu Magic V2 RSR pula diumumkan sebelum ini melalui kerjasama dengan Porche Design. Ia mengambil inspirasi daripada kereta Porche 911, selain juga menggunakan panel belakang daripada gentian karbon. Menariknya apabila peranti ini turut akan dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat.