Carian
Adobe Tiada Perancangan Untuk Terus Melabur Pada Adobe XD
January 31, 2024 Aman

Adobe kini menyatakan mereka tiada perancangan untuk terus melabur pada perisian Adobe XD yang memfokuskan kepada rekabentuk antaramuka pada web dan aplikasi mudah-alih.

Adobe XD

Untuk makluman, sebelum ini Adobe menyasarkan untuk mengambil-alih Figma, yang dijangka menggantikan bahagian portfolio produk memfokuskan rekaan antaramuka. Ketika pengumuman pengambil-alihan sendiri, Adobe sedia menyatakan akan menamatkan Adobe XD selepas proses pengambil-alihan.

Namun, kini walaupun pengambil-alihan berkenaan terbatal, Adobe masih memilih untuk tidak meneruskan pelaburan dalam pembangunan Adobe XD.

Berkongsi lanjut, Adobe menyatakan mereka akan terus memfokuskan pada peluang dalam arena pengimejan, rekabentuk, animasi, web, dan juga 3D -s selain sokongan bantuan rekabentuk melalui integrasi kecerdasan buatan

Komen