Tahun ini, Samsung akan melancarkan telefon lipat mereka generasi yang seterusnya pula iaitu Galaxy Z Fold6 dan Z Flip6. Butiran mengenai dua peranti ini masih tidak jelas, tetapi terdapat ura-ura yang rekaan peranti akan menjadi lebih nipis agar boleh bersaing dengan jenama keluaran China.

Baru-baru ini GalaxyClub melaporkan yang Samsung akan memuatkan bateri lebih besar pada Z Flip6 iaitu 4000mAh. Ini adalah sedikit lebih besar berbanding z Flip5 yang hanya menggunakan 3700mAh. Bateri yang akan digunakan adalah jenis dwi-sel 1,097mAh dan 2,790mAh. Buat masa ini kadar pengecasan pantas masih tidak diketahui adakah masih sama 25W atau akan menjadi lebih pantas.

Siri Z Flip dijangka tidak akan melalui banyak perubahan kerana Samsung sudah yakin yang peranti clamshell mereka ini berjaya dan menguasai pasaran dunia. Dengan bateri 3700mAh pada Z Flip5 boleh bertahan sehingga 5 jam SOT, 4000mAh pada Z Flip6 mungkin boleh bertahan sehingga 6 jam SOT. Sama-sama kita nantikan.