Carian
HMD Mengacah Pelancaran Nokia 3310 5G Di MWC
February 1, 2024 Effi Saharudin

HMD akan mula menawarkan telefon pintar berjenama sendiri tahun ini untuk keluar dari bayang-bayang Nokia. Hari ini sebuah video acah mengenai hala tuju syarikat Human Mobile Devices telah dikongsi di YouTube memberikan beberapa petunjuk produk yang akan dilancarkan di Mobile World Congress (MWC) pada peghujung bulan ini.

Selain beberapa telefon pintar biasa dengan penekanan diberikan kepada ianya lebih lestari. Imej acah seakan Nokia 3310 tetapi dengan sokongan 5G turut dipaparkan untuk seketika. Sejak model legenda ini dilancarkan semula pada tahun 2018, model dengan 3G dan 4G telah dijual. Kini tiba model kemas kini dengan 5G pula akan dilancarkan tetapi masih sekadar telefon selular biasa bukannya telefon pintar. Rekaan 3310 5G akan hanya didedahkan di MWC kelak.

Rekaan telefon pintar pertama berjenama HMD telah kami laporkan sebelum ini dengan ia masih mengekalkan rekaan era Nokia. Ia sekadar sebuah peranti asas dengan dwi-kamera. Dengan pasaran telefon pintar kini semakin kompetitif, belum diketahui sama ada peranti HMD akan memasuki pasaran Malaysia.

Komen