Cari @ Amanz

Beberapa minggu lepas, Carl Pei mengacah sesuatu berkaitan dengan Aerodactyl iaitu salah satu spesis dalam Pokémon. Hari ini, Nothing mengesahkan yang Aerodactyl adalah kod nama bagi telefon pintar baharu mereka iaitu Nothing Phone (2a).

Dalam video Nothing Community Update untuk suku keempat 2023, Phone (2a) dikatakan adalah peranti terbaik untuk penggunaan harian memfokuskan kepada ciri dan fungsi teras yang pengguna akan gunakan. Dipadankan pula dengan kepakaran perisian Nothing, Phone (2a) akan membawa beberapa ciri Phone (2) dan merupakan peranti naik taraf kepada Phone (1). Nothing akan membawakan prestasi dan kemampuan kamera terbaik untuk peranti baharu mereka ini.

CMF by Nothing turut akan melancarkan dua lagi produk audio baharu. Pertama adalah CMF Buds dan kedua adalah CMF Neckband Pro. Satu mungkin adalah TWS lebih murah berbanding CMF Buds Pro dan produk kedua adalah set fon telinga nirwayar yang boleh digantung di leher.

Butiran lain bagi Phone (2a) dan dua produk audio baharu CMF by Nothing masih tidak jelas. Apa yang pasti Phone (2a) akan dilancarkan di Malaysia kerana sudah melepasi SIRIM. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd