Cari @ Amanz

Dua perkhidmatan penstriman berbayar YouTube Premium dan YouTube Music kini mencatatkan kadar peningkatan pengguna lebih 100 juta sehingga Januari 2024. Angka berkenaan termasuklah pengguna percubaan, yang juga menunjukkan pertumbuhan jelas iaitu kenaikan sekitar 20 juta pengguna dalam masa setahun lebih.

Trend ini dijangka akan bertambah baik pada masa akan datang selaras dengan penerusan pelbagai usaha menarik dilakukan oleh YouTube sendiri. Tambahan pula YouTube menyatakan akan terus fokus untuk meningkatkan prestasi pengalaman terbaik buat komuniti global. Malahan pada tahun lalu juga, sejumlah ciri menarik telah diumumkan yang termasuk Samples dan sokongan podsiar pada YouTube Music.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd