Ciri Circle to Search ialah ciri yang saya gunakan setiap hari pada siri Galaxy S24 kerana ia amat berguna untuk mencari produk dalam video dan mengenalpasti objek terus dari dalam kamera. Ia kini turut diberikan pada siri Google Pixel 8. Kepada pemilik peranti Android yang lain, ciri ini tidak akan tiba dalam masa terdekat.

Menurut laporan Samsung Belanda, Cirlce to Search adalah eksklusif pada peranti Samsung dan Google sehingga September 2024. Pengeluar Android lain hanya boleh menawarkan Circle to Search pada peranti mereka selepas 5 Okbober 2024. Tetapi pada ketika ini tiada pembangunan dilakukan oleh pengeluar lain untuk menawarkannya.

Ini mungkin isu yang lebih ketara bagi pengeluar peranti dari China kerana perkhidmatan Google tidak boleh digunakan. Samsung telah menjadikan Baidu sebagai pengganti Google untuk Galaxy AI di China. Oleh itu ciri seakan Circle to Search menggunakan AI Ernie yang dibangunkan Baidu ditawarkan pada siri S24 di China.