Carian
MUIS – Daging Cetakan 3D Boleh Dimakan Sekiranya Menggunakan DNA Haiwan Yang Halal
February 5, 2024 Effi Saharudin

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengeluarkan fatwa membenarkan orang Islam memakan daging dihasilkan menerusi cetakan 3D sekiranya ia menggunakan DNA haiwan yang halal sahaja. Fatwa dikeluarkan pada Jumaat lalu selepas dibincangkan MUIS sejak 2022. Ini menjadikan Singapura antara negara terawal mempunyai fatwa mengenai hukum memakan daging cetakan 3D.

Daging cetakan 3D dilihat sebagai penyelesaian kepada isu sumber makanan di Singapura yang memerlukan ianya diimport dari negara luar. Ia bukan sahaja menyelesaikan isu keselamatan makanan tetapi juga mengurangkan isu pencemaran yang dikaitkan dengan penternakan haiwan seperti lembu, ayam dan khinzir.

Singapura adalah negara yang agresif mengembangkan teknologi daging cetakan 3D dan sintetik di dunia. Ia juga negara pertama dunia yang membenarkan daging sintetik diperbuat daripada sayuran untuk dijual pada tahun 2020. Tahun lalu pula NUS menghasilkan daging sotong menggunakan gabungan cetakan 3D dan sumber sayur-sayuran.

Komen