Carian
ASML Memperlihatkan Mesin NA EUV Baharu Untuk Mencetak Cip Lebih Berkuasa
February 11, 2024 Effi Saharudin

ASML telah memperlihatkan mesin baharu mereka yang akan digunakan untuk mencetak cip generasi baharu yang lebih berkuasa. Setiap mesin NA EUV ini dijual pada harga €350 (~RM1.8 bilion) dengan ia memberikan kemampuan apertur numerikal (NA) bagi mencetak litar pada cip yang 1.7x lebih kecil dan meningkatkan kepadatan transistor sehingga 2.9x.

Pelanggan terawal mesin NA EUV ini ialah Intel dengan mereka menerima mesin pertama pada penghujung Disember tahun 2023. Intel dilaporkan 10 mesin dengan mereka akan memulakan penghasilan cip menggunakannya menjelang penghujung 2025. Cip AI generasi baharu sudah pasti antara cip yang bakal dihasilkan menggunakan mesin ini kelak.

Tempoh yang lama diperlukan sebelum operasi boleh dimulakan kerana setiap mesin adalah seberat 150,000 kilogram dan memerlukan 250 jurutera 6 bulan untuk memasangnya. Mesin dengan kemampuan EUV hanya dikeluarkan oleh ASML.

Selepas ASML dihalang mengeksport mesin ke China, pengeluaran cip dengan teknologi terkini di negara tersebut terjejas. SMIC misalnya dipercayai mengubahsuai mesin DUV yang lebih lama supaya dapat menghasilkan cip 7nm dan 5nm untuk Huawei.

Komen