Carian
Xiaomi 14 Ultra Turut Akan Mempunyai Pilihan Titanium
February 13, 2024 Fahim Zahar

Telefon pintar dengan tubuh titanium akan menjadi trend selepas Apple dan Samsung menggunakannya pada telefon pintar mercu mereka. Baru-baru ini, Xiaomi juga dikatakan akan melakukan perkara yang sama pada Xiaomi 14 Ultra. Tetapi pilihan titanium akan terhad untuk edisi khas sahaja.

Kedua-dua Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Ultra akan dilancarkan untuk pasaran global di acara MWC Barcelona 2024 nanti. Acara ini turut dijangka akan memperkenalkan HyperOS versi global yang dikemaskini. Menurut sumber hanya tiga variasi ditawarkan iaitu 12/256 GB, 16/512 GB atau 16/1000 GB.

Buat masa ini masih tidak pasti jika edisi titanium akan ditawarkan secara meluas atau terhad di negara terpilih. Ini adalah strategi yang sama dengan Xiaomi 14 Pro di China. Harga jualan dikatakan mungkin lebih mahal berbanding 13 Ultra. Sama-sama kita nantikan hujung Februari nanti, di mana Xiaomi dijangka akan memperlihatkan lebih banyak peranti di MWC 2024.

Komen