Carian
GoTo Nafi Laporan Berbincang Bergabung Dengan Grab
February 13, 2024 Effi Saharudin

Syarikat seru pandu GoTo hari ini menafikan laporan Bloomberg bahawa mereka akan bergabung dengan Grab. Goto turut mengatakan tiada perbincangan dilakukan oleh kedua-dua syarikat untuk menyatukan perniagaan dimana kedua-duanya bersaing dalam pasaran yang sama.

Pasaran Asia Tenggara adalah terlalu kecil pada waktu ini untuk mempunyai lebih daripada satu perkhidmatan seru pandu. Di Malaysia, Grab sendiri tidak meneruskan perbincangan untuk membeli perniagaan FoodPanda kerana tidak bersetuju dengan nilai yang diminta.

Kesemua syarikat seru pandu dan penghantaran makanan dunia menanggung kerugian dan orang ramai pula berhenti menggunakan perkhidmatan kerana harga yang kini melonjak naik tidak seperti di peringkat awal. Tetapi jika hanya terdapat satu sahaja perkhidmatan yang mendominasi pasaran, ia adalah berita buruk buat pengguna kerana tidak lagi diberikan pasaran.

Komen