Carian
Mozilla Tidak Terlepas – Membuang Sejumlah Pekerja Dan Menstruktur Kembali Penawaran Produk
February 14, 2024 Aman

Mozilla hari ini mengumumkan pengoptimasian syarikat dan organisasi mereka, sekaligus membawa kepada pembuangan sejumlah pekerja. Ia dijangka memberikan kesan terhadap 60 orang pekerja dibawah syarikat tersebut.

Pada masa yang sama, Mozilla turut menstruktur kembali penawaran produk. Syarikat yang terkenal dengan penawaran pelayar web Firefox berkenaan akan mengurangkan pelaburan pada produk seperti Firefox Relay, VPN, perkhidmatan sosial Mozilla dan beberapa yang lain. Pada masa yang sama, mereka turut akan menamatkan Hubs.

Bergerak kehadapan, Mozilla menyasarkan untuk teruskan pembangunan pelayar web dan integrasi kecerdasan buatan pada Firefox.

Dengan langkah ini, Mozilla dilihat akan memfokuskan kembali pada pelayar web mereka, dan mengurangkan fokus pada produk-produk lain.

Komen