Carian
Prototaip Pixel Fold Adalah Galaxy Z Fold2 Dengan Android Stok
February 15, 2024 Fahim Zahar

Google sudah bertahun lamanya membangunkan telefon lipat. Mereka mula bereksperimen bersama Samsung dengan menguji pelbagai iterasi Android yang boleh dipadankan dengan format baharu telefon pintar. Selepas Samsung mempunyai beberapa generasi, Google Pixel Fold dilancarkan tahun lepas.

Tetapi tahukah anda, bagaimana Google boleh menjayakan Pixel Fold ini? Pada tahun 2021, sebuah prototaip Jumbojack kedengaran. Ia dikatakan dibangunkan untuk tujuan menguji perisian dan kebolehan telefon lipat Pixel. Baru-baru ini tertiris yang Jumbojack hanyalah Samsung Galaxy Z Fold2 dengan Android 12L stok. Individu tidak bertanggungjawab dilihat mula menjual peranti ini.

Galaxy Fold2

Pixel Fold adalah telefon lipat generasi pertama yang agak mahal. Memandangkan ia tidak dijual di Malaysia, pengguna Galaxy Z Fold2 atau sekarang bekas bolehlah flex peranti anda adalah prototaip untuk Pixel Fold.

Komen