Kanser ialah penyebab kematian keempat terbesar di Malaysia di belakang penyakit jantung, paru-paru berair dan penyakit kardiovaskular. Satu sinar di sebalik awan mendung berlakunya pandemik Covid-19 ialah kini terdapat banyak kajian yang cuba menghasilkan vaksin untuk kanser. Semalam Presiden Vladimir Putin mengumumkan Rusia hampir menghasilkan vaksin menentang kanser.

Beliau tidak mengolah apakah kanser yang boleh ditentang vaksin ini serta syarikat mana yang terlibat dalam penghasilannya. Dua tahun lalu Dr Ugur Sahin dan Dr Ozlem Tureci, dua saintis yang mencipta vaksin Comirnaty menerusi syarikat mereka BioNTech percaya vaksin untuk kanser bakal menjadi realiti sebelum 2030.
Amazon, Moderna dan BioNTech sedang membangunkan vaksin kanser masing-masing. Beberapa ujian klinikal ke atas manusia juga sudah dimulakan. Sejauh manakah keberkesanan vaksin yang dibangunkan oleh Rusia hanya diketahui sekiranya keputusan ujian diterbitkan dalam jurnal perubatan antarabangsa.