Carian
Nintendo Switch 2 Mungkin Akan Dilancarkan Awal 2025
February 17, 2024 Effi Saharudin

Bukan rahsia Nintendo Switch 2 sedang dibangunkan oleh Nintendo memandangkan konsol generasi pertama sudah hampir berusia tujuh tahun. Timbul spekulasi Switch 2 akan dilancarkan pada penghujung tahun ini. Tetapi menurut laporan seorang wartawan Brazil Pedro Henrique Lutti Lippe, pelancaran Switch 2 mungkin akan hanya akan berlaku pada Q1 2025.

Switch

Beliau memetik maklumat daripada lima sumber berlainan. Laman Eurogamer pula berkata sumber mereka turut mengatakan Nintendo telah menghubungi beberapa pembangun mengenai penangguhan pelancaran Switch 2. Sebab yang diberikan ialah bagi memastikan terdapat sokongan permainan video yang baik selepas konsol dilancarkan.

Pelancaran Switch 2 tahun hadapan mungkin berhadapan pula dengan pelancaran konsol kemas kini PlayStation 5 Pro dan Xbox Series X Pro yang lebih berkuasa. Tetapi seperti yang dapat kita lihat sejak dua tahun kebelakangan ini konsol mudah alih mula mendapat perhatian.

Switch memulakan trend kemudian menjadi ikutan Steam Deck, ROG Ally, Lenovo Legion Go, dan PlayStation Portal. Switch 2 pasti akan mendapat sambutan memandangkan Switch asal sudahpun terjual hampir 140 juta unit setakat ini.

Komen