Carian
Apple Dilaporkan Percepatkan Pembangunan Cincin Pintar – Apple Ring
February 20, 2024 Aman

Pada pelancaran Samsung Galaxy S24 tempoh hari, gergasi Korea Selatan berkenaan berjaya mencuri perhatian ramai melalui perkongsian ringkas cincin pintar Galaxy Ring yang dijangka dipasarkan pada tahun 2024 ini.

Kini, selari dengannya, hadir laporan dan ura-ura dari Korea Selatan, menyatakan Apple sedang dalam pra-pembangunan untuk cincin pintar mereka tersendiri. Ia dikatakan Apple telah mula mempercepatkan pembangunan Apple Ring, disamping turut mendaftarkan beberapa paten berkaitan dengnanya.

Cincin pintar ini dijangka akan mengintegrasikan sejumlah sokongan pemantauan kecergasan lebih kurang seperti pada jam tangan pintar.

Apa pun, buat masa ini, perkara ini masih dilabelkan sebagai desas-desus sahaja. Tahun ini menyaksikan Apple memperkenalkan produk dibawah kategori baharu, iaitu Apple Vision Pro – dan mungkin agak mustahil untuk kita melihat Apple memperkenalkan satu lagi produk dibawah kategori baharu pada tahun ini juga.

Komen