Carian
Samsung Galaxy Ring Mungkin Tiba Pertengahan Tahun Ini
February 6, 2024 Fahim Zahar

Semasa pelancaran siri Samsung Galaxy S24, Samsung telah mengacah kehadiran cincin pintar. Iaitu produk peranti boleh pakai baharu yang paten produk ini sudah ditemui sejak tahun 2015 lagi. Tetapi sayang sekali, Samsung tidak berkongsi apa-apa butiran mengenai produk ini.

Baru-baru ini, Daniel Seung Lee selaku ketua bahagian peranti boleh pakai/peranti internet benda/aksesori Samsung berkongsi di LinkedIn yang Galaxy Ring akan dilancarkan H2 2024. Ini bermakna Galaxy Ring hanya akan dilancarkan ketika atau selepas pertengahan tahun ini.

Sebagai orang yang memakai cincin, saya agak teruja untuk menantikan kehadiran cincin pintar Samsung ini. Diharapkan, Galaxy Ring akan dijual di Malaysia dan tidak bergantung kepada sebarang langganan berbayar.

Komen