Carian
EV Pertama Proton Akan Dilancarkan Dalam Masa Terdekat
February 21, 2024 Effi Saharudin

Pada asalnya Proton ingin melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama mereka menjelang 2027. Tetapi dengan pasaran EV yang semakin matang, ia telah dipercepatkan ke menjelang 2025. Tetapi menurut laporan Nextrift, CEO Proton Li Chunrong mengatakan pelancaran EV pertama Proton akan berlaku dalam masa terdekat.

Geometry A

Lebih menarik sekali ialah beliau mendedahkan EV kedua Proton kemudiannya akan dilancarkan antara 6-8 bulan selepas kenderaan pertama dipasarkan. Ini kali pertama maklumat ini didedahkan kepada media. Apakah kenderaan pertama Proton ini terbuka kepada spekulasi kerana syarikat induk Geely sudahpun menawarkan EV di China seperti Geely Geometry A dari tahun 2019.

Ketika pelancaran Proton X90 tahun lalu, Proton sekadar mengatakan komitmen melancarkan satu kenderaan NEV setiap tahun. Selain menggunakan bateri, Proton turut berminat menerokai pembangunan kenderaan berkuasa hidrogen.

Kenderaan EV di pasaran Malaysia sekarang masih lagi terlalu mahal. Maka pelancarkan EV oleh Proton dan Perodua amatlah dinantikan kerana diharap dapat meningkatkan penggunaannya di Malaysia.

Komen