Selama ini misi pendaratan di permukaan bulan telah berjaya dilakukan agensi angkasa negara Amerika Syarikat, Rusia, India dan Jepun. Semalam Intuitive Machines menjadi syarikat swasta pertama berjaya melakukan perkara sama menerusi kapal angkasa Nova-C Odysseus mereka. Ia juga menjadi kali kedua sebuah kapal angkasa berjaya mendarat di bahagian kutub selatan bulan selepas India melakukannya tahun lalu.
Odysseus membawa beberapa instrumen sains NASA di bawah program Commercial Lunar Payload Services bagi mengumpul maklumat untuk Misi Artemis. Selain itu ia juga membawa semua kamera serta 125 arca mini yang dihasilkan oleh artis Jeff Koons. Ia akan menjalankan misi pengumpulan data selama 14 hari sebelum waktu malam di bulan yang sejuk akan menyebabkan kerosakan pada sistem.
Sebelum Intuitive Machines, ispace Inc dari Jepun cuba menjadi syarikat swasta pertama mendarat di bulan menerusi misi Hakuto-R Mission 1 gagal selepas ia terhempas.