Telefon pintar Energizer Hard Case P28K telah dilancarkan di MWC Barcelona semalam dengan ia dilengkapi bateri gergasi sebesar 28,000 mAh. Dengan kapasiti bateri yang sangat besar ini, P28K boleh beroperasi sehingga seminggu atau digunakan untuk melakukan panggilan telefon selama 5 hari secara berterusan. Ini adalah kapasiti lebih besar berbanding Energizer Power Max P18K Pop yang diumumkan pada tahun 2019 yang gagal melepasi projek Indiegogo.
Energizer Hard Case P28K dilengkapi skrin 6.78 IPC LCD, dijana cip MediaTek Helio G99, memori sebesar 8GB RAM, storan sebesar 256GB dan bateri 28,000 mAh yang menyokong pengecasan 33W sahaja. Pengecasan yang agak perlahan akan mengambil masa sekitar 5 jam.
Kamera belakang terdiri daripada sudut lebar 60MP, dan ultra sudut lebar 20MP. Sementara itu di hadapan pula ia dilengkapi sensor 16MP. Kerana saiz bateri yang amat besar, tubuh peranti ini setebal hampir 28mm dan sebesar 570 gram. Sungguhpun begitu ia melepasi piawaian IP69.
Sistem operasi yang digunakan adalah Android 14. Difahamkan Energizer Hard Case P28K akan dijual pada blan Oktober depan pada harga €250 (~RM1292) sebuah.