Carian
Modem Qualcomm Snapdragon X80 5G Dilancarkan Dengan Sokongan Komunikasi Satelit
February 26, 2024 Effi Saharudin

Di MWC Barcelona, Qualcomm melancarkan modem peranti mudah alih terkini mereka Snapdrgaon X80 5G yang menurut mereka ialah moden paling canggih di pasaran. Dengan bantuan AI terbina, X80 5G menawarkan sambungan kepada rangkaian dengan lebih pantas.

Ia juga adalah modem pertama yang menyokong sistem komunikasi satelit NB-NTN secara terbina dalam pakej yang sama. Ini berbeza dengan Snapdragon X75 tahun lalu dimana sistem komunikasi Snapdragon Satellite adalah komponen tambahan di luar. Sungguhpun kerjasama Qualcomm dan Iridium ditamatkan tahun lalu, mereka masih menyertakan sokongan Snapdragon Satellite.

Sistem AI Suite Gen 3 menurut Qualcomm akan menguatkan sambungan kepada rangkaian dan ketepatan menjejak lokasi untuk sistem GPS. Pada waktu yang sama ia boleh menawarkan penjimatan penggunaan kuasa sehingga 10% apabila menggunakan rangkaian mmWave dan meningkatkan kejituan menjejak lokasi sehingga 30%. Qualcomm Snapdragon X80 5G akan mula digunakan pada peranti yang dikeluarkan pada H2 2024.

Komen