Carian
Rekaan Nothing Phone (2a) Diperlihatkan Secara Rasmi
March 1, 2024 Fahim Zahar

Nothing Phone (2a) akan dilancarkan pada 5 Mac ini. Peranti ini adalah peranti kelas pertengahan kedua Nothing yang akan menjadi pengganti kepada Phone (1). Peranti ini telah disahkan akan dijana cip Dimensity 7200 Pro rekaan Nothing bersama MediaTek berbeza dengan Dimensity 7200-Ultra pada Redmi Note 13 Pro+ 5G. Terbaru, Nothing telah mendedahkan rekaan sebenar peranti ini.

Tidak begitu terkejut kerana imej tertiris telah memberi bayangan rupa akhir peranti ini. Phone (2a) menggunakan konsep “Fresh Eyes” pada bonggol kamera ibarat mata yang sentiasa memandang perkara baharu yang dipadankan degan peta laluan bawah tanah bandar New York oleh Massimo Vignelli.

Dalam satu video Nothing melakukan kejutan kepada salah seorang peminat mereka, Phone (2a) dilihat cuba mengekalkan identiti Nothing dengan elemen lutsinar serta sistem lampu Glyph. Panel belakang plastik ini kelihatan unik, seakan satu lapisan lain ditindih ke atas peranti. Ia turut direka untuk tahan lasak agar peranti boleh bertahan lama.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai peranti ini dalam masa beberapa hari lagi.

Komen