Carian
Samsung Mengacah Kehadiran Siri Galaxy A Baharu Pada 11 Mac 2024
March 9, 2024 Amy Maizuraa

Samsung Malaysia mempunyai perancangan untuk memperkenalkan siri Galaxy A baharu yang masih dirahsiakan nama modelnya pada 11 Mac akan datang. Perkara ini diumumkan oleh Samsung dalam kemaskini baharu di media sosial rasmi sebentar tadi.

Ramai yang mengaitkan pelancaran tersebut dengan peranti baharu Galaxy A35 dan Galaxy A55. Malah menguatkan lagi kenyataan ini apabila imej rasmi untuk kedua-dua peranti itu didapati tertiris melalui perkongsian Evan Blass. Dalam perkembangan berbeza kedua-duanya juga akan dilancarkan di India pada hari yang sama.

Seperti biasa sama-sama nantikan perkongsian lebih lanjut daripada pihak Samsung berhubungan perkara ini. Sekadar makluman Samsung juga sedia menawarkan beberapa peranti Galaxy A baharu di Malaysia yang termasuk Galaxy A15, Galaxy A15 5G dan Galaxy A25 5G.

Komen