Carian
Google Pixel 8a Akan Memperkenalkan Ciri Kesihatan Bateri Baharu Untuk Android
March 11, 2024 Fahim Zahar

Konsep melihat tahap kesihatan bateri untuk menilai harga peranti terpakai dipopularkan oleh iPhone. Jika status “Battery health” iPhone lebih 80%, nilai jualannya adalah lebih tinggi. Perkara ini tidak berlaku kepada peranti Android kerana tidak semua pengeluar memaparkan status kesihatan bateri.

Tetapi ini boleh berubah tidak lama lagi. Ini kerana Google pertama sekali telah mengesahkan kewujudan peranti Pixel 8a. Kemudian mereka memberitahu yang ciri kesihatan bateri serba baharu hanya akan diperkenalkan pada peranti ini tidak lama lagi. Google telah menguji ciri ini sejak dua tahun lalu dan hanya pada Android 14 Beta ciri ini diperlihatkan lagi dengan jelas.

Untuk peranti Android lain, Xiaomi sejak tahun 2021 telah mula menyertakan ciri ini pada peranti mereka. Sementara pengeluar peranti Android lain seperti OnePlus atau vivo telah memperkenalkan versi mereka yang tersendiri. Dengan Google akhirnya sudah bersedia menyertakan ciri ini terus ke dalam kod pembangunan Android, tidak terkejut kelak nilai peranti Android terpakai turut boleh ditetapkan seperti iPhone – iaitu mengikut kesihatan bateri. Apa kata anda?

Komen