Carian
Apple Vision Pro Mungkin Dilancarkan Ke Lebih 10 Negara Lain, Tidak Termasuk Malaysia
March 14, 2024 Fahim Zahar

Apple Vision Pro adalah set fon kepala paling canggih pernah kami saksikan. Saya sendiri pernah cuba dan saya faham apa itu pengkomputeran spatial dan nampak masa hadapan bagi set kepala premium dan mahal ini. Sehingga hari ini, Vision Pro masih terhad di Amerika Syarikat sahaja tetapi MacRumors melaporkan yang set kepala ini mungkin akan dijual ke lebih 10 negara lain.

Menurut MacRumors, untuk Vision Pro dilancarkan ke negara lain visionOS perlu menyokong lebih banyak bahasa. Sekarang ia hanya menyokong Inggeris (AS) dan Emoji, tetapi kod pembangunan visionOS baharu menyatakan sokongan bagi;

  • Cantonese, Tradisional
  • Chinese, Dimudahkan
  • Inggeris (Australia)
  • Inggeris (Kanada)
  • Inggeris (Jepun)
  • Inggeris (Singapura)
  • Inggeris (UK)
  • Perancis (Kanada)
  • Perancis
  • Jerman
  • Jepun
  • Korea

Sumber turut menyatakan yang negara Hong Kong dan Taiwan turut menjadi calon. Dijangkakan, jualan Vision Pro di luar Amerika Syarikat akan bermula sekitar Jun selepas acara WWDC 2024 diadakan. Sayang sekali, walaupun Apple Store dijangka dibuka di Malaysia tahun ini – masih tiada indikasi yang set kepala premium dan mewah ini akan ditawarkan untuk pengguna tempatan.

Apple Vision Pro dijual pada harga bermula sekitar RM18,000. Jika anda berminat, set import boleh didapatkan pada harga sekitar RM25,000 tetapi ada potensi ia tidak padan dengan wajah anda kerana set kepala ini amat leceh untuk dibeli. Temu janji dan imbasan kepala perlu dilakukan.

Komen