Carian
Google Gemini Nano Kelak Boleh Rumus Artikel Di Web
March 15, 2024 Fahim Zahar

Google Gemini Nano adalah model bahasa raya yang paling kecil dan ia boleh memproses tugasan AI generatif dari dalam peranti tanpa akses Internet. Gemini Nano menggunakan aplikasi sistem Android AICore pada Pixel 8 dan Samsung Galaxy S24 untuk memproses transkrip dari perakam suara dan AI pada papan kekunci Gboard untuk Smart Reply serta Magic Compose.

Baru-baru ini Android Authority menemui bukti yang Gemini Nano kelak boleh memproses laman web pula untuk merumuskan artikel. Sekarang rumusan artikel di web diproses di awanan dengan Internet. Ini kerana kod dalam Google AI Edge SDK mencadangkan API Protected Download yang boleh memuat turun kandungan dari sumber sahih untuk disuapkan kepada Gemini Nano. Dengan API LoRA (low-rank adaptation), Gemini Nano boleh fokus kepada satu tugasan iaitu AI_CORE_CHROME_SUMMARIZATION_OUTPUT.

Ciri yang sama oleh Samsung dengan Galaxy AI

Dengan Chrome yang sudah mempunyai ciri AI untuk membantu penulisan, enjin carian Google dengan SGE dan Microsoft Edge telah membuktikan pelayar web Chromium boleh menyokong AI generatif tidak terkejut jika ciri rumusan artikel akan terbina terus pada Chrome. Buat masa ini masih tidak pasti bila Google akan melancarkan ciri ini kepada semua. Tetapi ia pasti adalah untuk peranti mercu premium sahaja seperti Pixel 8 Pro dan siri Samsung Galaxy S24.

Komen