Cari @ Amanz

realme Note 50 adalah telefon pintar kategori baharu realme yang dilancarkan pada bulan Januari lepas. Peranti ini telah pun melepasi SIRIM dan dikatakan adalah realme C51 yang dijenamakan semula. Spekulasi lain menyatakan peranti ini adalah pengganti kepada siri Narzo. Selepas berbulan dilancarkan di luar negara, realme Malaysia mendedahkan yang peranti ini akan tiba ke pasaran tempatan 4 April ini.

Menurut realme, Note 50 adalah peranti paling selesa di dalam tangan pengguna. Ia dibangunkan dengan rekaan yang mementingkan pengguna, menjanjikan nilai terbaik, serta memuatkan teknologi terkini untuk peranti kelas asas. realme Note 50 turut mempunyai sistem pengecasan dan konfigurasi kamera utama lebih rendah berbanding C51.

Skrin peranti adalah LCD sebesar 6.74-inci beresolusi HD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Cip Unisoc T612 digunakan sebagai tunjang utama, selain turut memuatkan memori 4GB RAM dan storan 64GB. Bateri 5,000mAh disertakan dengan pengecasan 10W, diikuti juga kamera utama 13MP dan swafoto sebesar 5MP. Turut disertakan bicu audio 3.5mm dan kalis air IP54. Sama-sama kita nantikan harga jualan peranti ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd