Tidak cukup dengan taman tema Dragon Ball, bangunan terpanjang dan bangunan tertinggi dunia, Arab Saudi ini membolot pula rekod kolam renang tergantung terpanjang dunia. Projek Treyam ialah hotel mewah yang akan dibina di Neom bersebelahan bangunan terpanjang dunia The Line.
Kolam renang infiniti ini dibina di atas struktur seakan jambatan sepanjang 450 meter. Pelawat Treyam boleh berenang di dalam kolam yang “tergantung” pada ketinggian 36 meter daripada permukaan laut. Ruang hotel diletakkan di bawa kolam dengan Treyam turut mempunyai marina kapal terbina dan teluk buatan manusia. Ia akan menjadi pusat sukan air bagi pelancong ke Neom.

Bagi yang meminati sukan luncur salji, sebuah tempat peranginan Projek Trojena juga akan dibina Neom dengan ia mempunyai sebuah menara yang kelihatan seakan kristal. Sukan Musim Sejuk Asia 2029 akan berlangsung di Project Trojena.

Kesemua projek mega ini dimulakan di Arab Saudi bagi mengubah imejnya sebab sebuah negara padang pasir yang hanya boleh menawarkan petroleum di dunia. Beberapa taman tema dan pusat peranginan yang mewah turut telah diumumkan sebelum ini bagi menarik pelancong dari seluruh dunia ke negara mereka.