Cari @ Amanz

Tahun lepas, Hollywood mogok kerana kebanyakan studio yang tidak bersifat adil ke atas pelakon tambahan serta ingin menggantikan pelakon dengan AI. Kini AI dilihat sudah boleh diterima orang ramai sehingga sebuah studio filem berjaya menghasilkan filem pendek dengan OpenAI Sora.

Shy Kids adalah studio yang telah menghasilkan filem pendek ini, ia berjudul air head. Filem ini mengisahkan betapa rumitnya kehidupan seorang individu yang mempunyai belon kuning sebagai kepala. Shy Kids adalah studio filem dan muzik dari Kanada yang bertanggungjawab menghasilkan animasi pembukaan filem Blackberry.

Beberapa hari lepas telah kami laporkan yang OpenAI mempertontonkan keupayaan Sora kepada studio-studio Hollywood. Selain Shy Kids, OpenAI berkongsi yang pengarah filem pendek iaitu Paul Trillo turut telah bereksperimentasi dengan banyak alatan AI, dan banyak lagi pengarak kreatif lain telah mula menggunakan perkhidmatan Sora untuk menghasilkan sebuah video unik.

Walaupun teknologi AI generatif ada banyak isu seperti melanggar hak cipta, ramai artis mula menghargai teknologi ini sebagai alat yang boleh membantu memudahkan proses kerja atau juga untuk mendapatkan inspirasi. Qalbox iaitu perkhidmatan penstriman video Islam turut telah hadir dengan siri TV yang dijana dengan AI sepenuhnya mengenai kisah Nabi Muhammad SAW. Apa kata anda mengenai masa depan hiburan dijana dengan komputer sepenuhnya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd