Carian
Siri Redmi Note 13 Mula Menerima Kemas Kini Xiaomi HyperOS
March 26, 2024 Fahim Zahar

Xioami HyperOS adalah sistem operasi generasi baharu Xiaomi yang menyasarkan satu sistem operasi untuk banyak peranti dan mempunyai ekosistem tersendiri yang lebih lancar serta memuatkan banyak ciri AI generatif. Untuk pasaran global Poco X6, X6 Pro dan M6 Pro menjadi pertama menggunakan sistem operasi ini, kemudian Xiaomi 13T melalui kemas kini dan barulah Xiaomi 14 yang terus hadir secara terbina.

Di acara MWC bulan lepas, Xiaomi mengesahkan kemas kini ini akan diberikan kepada siri Xiaomi 13, siri Xiaomi 12/12T, siri Redmi Note 13, Redmi Note 12 Pro+, Redmi Note Pro, Redmi Note 12, Xiaomi Pad 6, Redmi Pad SE, Xiaomi Pad 6S Prom yang sedia terbina, Xiaomi Watch S3 dan Xiaomi Smart Band 8 Pro. Kini selepas dua bulan peranti dilancarkan, siri Redmi Note 13 mula menerima kemas kini Xiaomi HyperOS.

Dalam semakan saya pada peranti Redmi Note 13 Pro+, kemas kini Xiaomi HyperOS adalah versi 1.0.2.0 iaitu versi sama pada Xiaomi 14 Ultra dan siri Xiaomi 13T. Saiz kemas kini ini adalah 5.8 GB dan pengguna akan menerima perubahan rekaan antaramuka, prestasi lebih lancar, serta storan yang lebih banyak kerana penjimatan berlaku dalam HyperOS. Anda boleh semak di tetapan, About Phone, tekan MIUI version dan mulakan muat turun Xiaomi HyperOS. Sumber turut berkongsi yang Redmi 13C, Redmi Note 11 Pro 5G dan POCO X4 Pro turut menerima kemas kini yang sama.

Komen