Carian
Kerajaan Akan Bermesyuarat Mengenai Rangkaian 5G Kedua Minggu Depan
March 27, 2024 Effi Saharudin

Persoalan mengenai rangkaian 5G kedua Malaysia dijangka akan terjawab dengan kerajaan akan mengadakan mesyuarat mengenainya minggu depan. Ini adalah menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil semalam ketika acara pelancaran Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber BlackBerry di Cyberjaya.

Menurut Fahmi lagi, sebuah badan petugas bersama 5G akan melalukan pertemuan dan perbincangan mengenai rangkaian 5G akan diadakan. Selan beliau, wakil Kementerian Kewangan dan Kementerian Digital akan turut terlibat dalam mesyuarat ini.

5G Malaysia

Tahun lalu kerajaan mengumumkan rangkaian 5G kedua nasional akan dilancarkan hanya selepas DNB mencapai 80% kawasan berpenduduk. Ini sudahpun dicapai beberapa minggu yang lalu dan tiadanya pengumuman mengenai rangkaian kedua menjadi tanda tanya.

Dua minggu lalu Fahmi berkata pelancaran rangkaian 5G kedua negara mungkin ditangguhkan bagi membolehkan lembaga DNB dibentuk terlebih dahulu.

Pembentukan rangkaian 5G kedua ini berhadapan beberapa isu antaranya ialah penggunaan kelengkapan Huawei dan ZTE. Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) masing-masing mengeluarkan amaran kepada negara untuk tidak menggunakan kelengkapan dua syarikat China ini atas faktor keselamatan.

Komen