Carian
Rangkaian 5G Kedua Malaysia Mungkin Ditangguhkan
March 13, 2024 Effi Saharudin

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini berkata pelancaran rangkaian 5G kedua negara mungkinditangguhkan walaupun Digital Nasional Berhad (DNB) sudah mencapai liputan 80 peratus seperti perancangan sebelum ini. Fahmi berkata penangguhan itu juga adalah untuk lembaga DNB dibentuk terlebih dahulu.

5G Malaysia

Lima pengendali rangkaian mudah alih utama  CelcomDigi Berhad , Maxis Berhad, Telekom Malaysia Berhad, U Mobile Sdn Bhd dan YTL Power International Berhad telah menandatangani pegangan ekuiti DNB pada awal Disember tahun lalu. Liputan 80% DNB telahpun dicapai Januari lalu dengan ramai menyangka rangkaian 5G kedua sudahpun diumumkan pada ketika ini.

Pembentukan rangkaian 5G kedua ini berhadapan beberapa isu antaranya ialah penggunaan kelengkapan Huawei dan ZTE. Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) masing-masing mengeluarkan amaran kepada negara untuk tidak menggunakan kelengkapan dua syarikat China ini atas faktor keselamatan. Pada ketika itu Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengatakan kerajaan tidak akan menghalang penggunaan kelengkapan telekomunikasi China untuk rangkaian 5G kedua negara.

Komen