Cari @ Amanz

Google sudah beberapa kali menjemput Apple supaya menyokong protokol RCS pada iMessage bagi menyeragamkan pemesejan rentas platform. Pada ketika ini jika mesej diterima daripada peranti Android, pengguna iMessage boleh melihat belon teks berwarna hijau. Menurut laporan 9to5Google, Google telah mengesahkan Apple akan akhirnya menyokong RCS bermula musim luruh ini iaitu sekitar September.

Laman Google Messages mempunyai teks “akan tiba ke iOS pada musim luruh”. Dengan sokongan RCS pemesejan yang lebih terjamin dengan penyulitan serta sokongan notifikasi mesej sudah diterima, sudah dibaca dan boleh dibalas dengan reaksi juga boleh disokong pada peranti Android dan iOS.

Kewujudan “belon hijau” dalam iMessage adalah antara sebab mengapa Apple disaman oleh kerajaan Amerika Syarikat kerana dituduh “memonopoli perniagaan telefon pintar” di negara tersebut. Pelbagai halangan ekosistem juga membuatkan mereka dipaksa untuk melakukan perubahan bagi memenuhi keperluan DMA di Kesatuan Eropah (EU).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd