Carian
Samsung Akan Menaik Taraf Bixby Dengan AI Generatif
April 2, 2024 Fahim Zahar

Sehingga hari ini apabila saya kongsi dengan kawan dan keluarga mengenai ciri Galaxy AI pada peranti Samsung, pasti ada yang akan tanya apakah nasib Bixby? Seperti laporan sebelum ini, Bixby akan kekal wujud di samping Galaxy AI dan Samsung akan terus mengemaskini pembantu maya mereka ini untuk lebih mesra dengan pengguna dan diintegrasikan dengan ciri AI Generatif.

Dalam temuramah CNBC bersama Won-joon Choi, selaku eksekutif naib presiden Samsung bahagian perniagaan peranti mudah alih beliau memberitahu;

“Dengan kemunculan AI generatif dan teknologi LLM (model bahasa raya), saya percaya kita perlu mengubah semula peranan Bixby supaya Bixby dapat dilengkapi dengan AI Generatif dan menjadi lebih pintar pada masa depan.”

Won-joon Choi

Buat masa ini masih tidak tahu Samsung akan menggunakan model bahasa raya mana untuk chatbot pada Bixby. Tetapi Samsung pernah memberitahu yang Bixby akan mempunyai sokongan AI generatif untuk SmartThings yang lebih baik. Besar kemungkinan Samsung ingin menjadikan Bixby dan SmartThings seakan Xiaomi HyperMind pada HyperOS, di mana peranti Internet benda di bawah Mi Home boleh dikawal dengan AI.

Komen