Carian
Realme GT6 Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia
April 5, 2024 Amy Maizuraa

Semakan kami mendapati bahawa terdapat sebuah peranti baharu Realme telah ditemui tersenarai di SIRIM. Peranti itu telah didaftarkan oleh DTL Malaysia Sdn Bhd dengan kod nama RMX3851 (realme GT6) pada hari ini iaitu 5 April 2024.

Tiada butiran lanjut mengenainya yang diketahui memandangkan masih belum dilancarkan di mana-mana pasaran buat masa ini. Namun kalau mengikut tradisi ia boleh menjadi sebuah peranti yang memberi tumpuan terhadap prestasi. Selain turut mengetengahkan rekaan serba baharu dalam menjadikannya menarik.

Gambar sekadar hiasan – Realme GT3

Hal ini boleh dilihat dengan jelas menerusi penawaran pada beberapa generasi terdahulu. Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Realme berhubung hal tersebut. Namun dijangka boleh dikongsikan dalam masa terdekat.

Untuk rekod, Realme telah melancarkan sejumlah peranti baharu di Malaysia yang termasuk Realme 12 5G, Realme 12 Pro+ 5G, Realme 12+ 5G dan Realme Note 50. Anda yang berminat boleh mendapatkan kesemua produk tersebut melalui laman web dan pengedar sah Realme di Malaysia bermula sekarang.

Komen