Carian
Redmi Pad Pro Diperlihatkan Menerusi Poster Rasmi
April 8, 2024 Amy Maizuraa

Redmi telah menjadualkan sebuah acara pelancaran produk baharu di China pada 10 April 2024. Salah satu daripadanya ialah Redmi Pad Pro, seterusnya menjadi tablet ketiga yang dihasilkan jenama berkenaan selepas Redmi Pad dan Redmi Pad SE.

Berdasarkan imej promosi rasmi yang diperlihatkan tablet ini akan menyokong beberapa aksesori seperti papan kekunci dan stylus. Panel belakang pula menempatkan dwi-kamera utama dalam bonggol yang berbeza. Diikuti juga dengan bingkai tepi rata bersama penjenamaan Redmi yang kelihatan. Seterusnya turut mempunyai empat pembesar suara, bicu audio 3.5mm dan port USB-C sebagai pelengkap.

Maklumat mengenai spesifikasi dikongsi amat terhad buat sama ini. Namun apa yang pasti Redmi Pad Pro akan dilengkapi skrin sebesar 12.1-inci 2.5K, bateri berkapasiti 10,000mAh dan menjalankan pelancar baharu Xiaomi HyperOS.

Komen