Desas-desus mengenai telefon dengan skrin boleh lipat generasi baharu Samsung Galaxy Z Fold 6 sudah kedengaran sejak Januari. Kini butiran mengenai konfigurasi kamera pula tertiris yang menunjukkan tiada perubahan yang ketara untuknya. Sebaliknya dijangka mengekalkan konfigurasi kamera yang sama dengan model terdahulu.

Ini bermakna sistem tri-kamera 50MP (sudut lebar) + 10MP (telefoto) + 12MP (ultra lebar) boleh digunakan pada peranti. Seterusnya diikuti juga kamera swafoto 10MP + 16MP sebagai pelengkap. Bagaimanapun, dalam perkembangan berbeza, terdapat juga ura-ura yang mengatakan model Ultra pula boleh diberi peningkatan menarik. Mungkin sekali kamera 200MP akan digunakan seperti yang boleh dilihat pada Galaxy S24 Ultra.