Cari @ Amanz

Automattic Mengambil-Alih Aplikasi Multi-Mesej, Beeper

Oleh Aman

Link Copied!

Automattic, syarikat disebalik WordPress telah pun sedia mengambil-alih aplikasi permesejan Texts sebelum ini. Kini, selain daripadanya, hari ini mereka turut mengumumkan pengambil-alihan satu lagi aplikasi permesejan, iaitu Beeper.

Beeper menawarkan perkhidmatan multi-permesejan, dimana pengguna boleh menghubungkan pelbagai akaun dibawah satu aplikasi, dan menguruskan pelbagai perkara melibatkan permesejan dengan mudah pada satu aplikasi.

Sebelum ini, Beeper telah menjadi fokus ramai apabila ia menawarkan perkhidmatan permesejan antara pengguna Android dengan pengguna iPhone melalui integrasi iMessage. Namun, kaedah sambungan berkenaan tidak disukai Apple, dan telah dihalang.

Ia dikatakan pasukan Beeper dan juga Texts kelak akan bergabung membentuk satu, selain menyatukan kedua-duanya dibawah satu platform. Automattic dijangka mengekalkan penjenamaan Beeper untuk platform baharu kelak.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan apakah bentuk langkah Automattic dalam terus bersaing pada penawaran perkhidmatan permesejan.

Bersama-sama pengumuman ini juga, aplikasi baharu Beeper untuk Android kini boleh dimuat-turun di Google Play Store.


Komen ()