Carian
Carro Dilaporkan Dalam Proses Meraih Dana Pada Nilai Syarikat Mencapai $1.5 Bilion
April 15, 2024 Aman

MyTukar baru-baru ini telah dijenamakan semula sebagai Carro – selari dengan penjenamaan syarikat induknya di Singapura. Lanjutan daripada penyelarian penjenamaan, kini Carro dilaporkan sedang dalam proses meraih dana sekitar $100 juta.

Ini sekaligus menilaikan syarikat jual-beli kenderaan itu sekitar $1.5 bilion – menjadikan ia antara syarikat bernilai berbilion ringgit di rantau Asia Tenggara ini.

Pesaing terdekat Carro di pasaran adalah Carsome, dan kedua-duanya kini dalam proses untuk terus meningkatkan nilai syarikat sebelum melangkah kepada penyenaraian umum syarikat di bursa. Namun, Carro dilihat menjual kenderaan dengan lebih pantas – dimana proses jual-beli kereta terpakai kepada pemilik baru mengambil sekitar 26 hari, berbanding Carsome yang mengambil sekitar 45 hari.

Disamping itu, Carro juga turut melabur pada beberapa pembangunan teknologi, termasuk mempunyai pegangan pada laman automotif popular tempatan, PaulTan.

Selain rantau Asia Tenggara, Carro juga mengatakan mempunyai perancangan untuk memperluaskan penawaran di Jepun dan Hong Kong. Untuk tujuan tersebut juga, baru-baru ini, Carro telah mengambil-alih syarikat Beyond Cars yang berpusat di Hong Kong.

Komen