Carian
OnePlus Dilaporkan Ingin Bersaing Dengan Samsung Galaxy Z Flip Pula
April 16, 2024 Fahim Zahar

OnePlus sejak kebelakangan ini benar-benar mencabar pesaing peranti mercu lain. Tahun lepas mereka hadir dengan OnePlus 11 yang cukup baik dan OnePlus Open yang sangat menarik. Dua peranti ini mencabar peranti seperti Samsung Galaxy S23 Ultra, Honor Magic5 Pro, Samsung Galaxy Z Fold5, Honor Magic V2 dan banyak lagi. Terbaru, OnePlus dilaporkan akan hadir dengan pesaing Galaxy Z Flip pula.

Oppo Find N3 Flip

Tidak mengejutkan apabila sumber menyatakan peranti yang mungkin diberi nama OnePlus Flip adalah sebuah peranti Oppo Find N Flip untuk pasaran lain. Peranti ini akan menyokong kamera telefoto dan makro, serta menyasarkan untuk dijual pada harga lebih murah berbanding pesaing. Tiada butiran lain mengenai peranti ini tetapi ada dakwaan menyatakan Oppo telah enam bulan ke belakang berbanding pesaing dalam pembangunan telefon lipat jenis “flip” ini. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenainya.

Komen