Carian
Google Gemini Akan Diintegrasikan Dalam Peranti Oppo Dan OnePlus
April 17, 2024 Fahim Zahar

Bulan 10 April lepas, Oppo telah mengedarkan kemas kini kepada peranti siri Reno11 untuk menyertakan ciri AI Eraser seperti pada Samsung dengan Galaxy AI. Oppo menggunakan AndesGPT dan peranti OnePlus pada tarikh sama turut menerima kemas kini yang sama.

AndesGPT untuk memadam objek dalam gambar dengan AI bergantung kepada Internet. Ini bermakna, proses menyunting satu imej adalah sedikit lama. Oleh yang demikian, ketika acara Google Cloud 2024 Oppo dan OnePlus mengumumkan integrasi Google Gemini pada peranti-peranti mereka. Hasrat Oppo dan OnePlus bekerjasama dengan Google adalah untuk pengkomputeran yang lebih efisien, pembelajaran kendiri, kreativiti dan persepsi ke dunia nyata.

Ciri AI pertama yang telah diedarkan adalah AI Eraser yang dikuasakan dengan AndesGPT. Tetapi dengan integrasi Gemini, ia boleh diproses secara masa nyata yang bermakna berlaku dari dalam peranti. AI Eraser AndesGPT dilatih dengan berbilion data imej berbeza sehingga boleh mengenalpasti 120 objek berbeza dengan pantas.

Oppo dan OnePlus turut akan terus mengembangkan usaha mereka menjadikan AI generatif dalam peranti satu ciri wajib. Akan datang ciri AI merakam suara, merumuskan laman web dan alatan khas AI Toolbox akan diperkenalkan. Oppo turut mempunyai AI Center khusus untuk memajukan lagi pembangunan AI Generatif ini.

Komen