Carian
Xiaomi 14T Tertiris – Pembunuh Peranti Mercu 2024?
April 17, 2024 Fahim Zahar

Adakah terma pembunuh peranti mercu masih relevan apabila sudah banyak peranti kelas pertengahan premium ditawarkan? Malah peranti bertaraf mercu pun sudah boleh dibeli pada harga yang masuk akal. Terbaru, Xiaomi dilihat telah mula bersedia untuk melancarkan siri Xiaomi 14T kerana spesifikasi peranti telah tertiris.

Peranti dikatakan akan menggunakan cip Dimensity 9300, satu naik taraf berbanding 13T Pro tahun lepas dengan Dimensity 9200+. Peranti ini dikatakan adalah Redmi K7 Ultra yang belum dilancarkan yang akan dijenamakan semula. Cuma Xiaomi 14T akan mempunyai bateri besar, kamera Leica, perlindungan IP68 dan pengecasan nirwayar.

Jika peranti ini dilancarkan, spesifikasinya benar-benar mencabar peranti mercu. Tetapi untuk tahun 2024, ciri AI generatif adalah penting untuk menjadikan sesebuah peranti itu sebagai peranti dengan nilai terbaik untuk dimiliki. Sama-sama kita nantikan spesifikasi dan harga pelancaran peranti ini nanti.

Komen